ada buku aku baca, didalamnya ada tertulis :
selalu tersenyum menghadapi segala liku-liku kehidupan, 
ada hikmah disebalik derita, ada peringatan disebalik bahagia, 
setiap bahagia akan berganti duka, 
setiap duka akan diberi dua kemudahan untuk melaluinya 



Aku hampir rebah diawal langkah ini
dunia kepimpinan benar-benar mengajar aku erti kehidupan sebenar.

sesulit apapun teruskan melangkah.
semoga terus dipinjamkan kekuatan dari-Nya

Pelangi hadir setelah hujan turun.

Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba, fikiran bercelaru. Dugaan dan ujian yang menimpa kadangkala menewaskan semangat yang ada. Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan. Pernahkah sekali kita memahami alam?

Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? 
Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.
Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

Aku seorang yang selalu merungut apabila tidak berkenan dengan sesuatu. Lebih-lebih lagi bila terpaksa menghadap benda yang kita tidak suka harihari. Hari semakin larut ini. Aku gunakan sedikit masa untuk mencoret rasa hati sebelum meneruskan pengajian yang tidak pernahnya akan habis. Adat menuntut ilmu..

Alhamdulillah sekarang aku berada di semester 3 dalam pengajian ku. Tinggal 2 tahun lagi aku akan dapat degree so excited!. Semoga dengan coretan ini bole memberi sedikit kesedaran bagi yang mempunyai masalah hati mcm aku ni. Masa sem 1 aku ni seorang yang sangat pemalas utk menyiapkan segala tugasan, bangun pagi malas, solat pun tunggang-langgang >.< bila hujung semester pointer sangat mendukacitakan. Semester 2 tiba menghulur salam perkenalan, ada sedikit improvement, dapatlah naikkan pointer sedikit. Kita ni semakin tua kan kesedaran utk majukan diri pun mesti la ada. Kalau sekadar pointer cukupcukup makan nnt company mana yang nak ambil bekerja kan? Alamat kau dtang interview sda kena tendang takut buat lingkup company.  Semester 3 akan bermula aku sangatsangat berharap ada fairy tale buat magic dalam hidupku ini.

Sebelum sem 3 bermula aku nak sangat dapat kelas pagi dan dapat roommate yang baikbaik belaka super duper perfect. Yala hujunghujung sem kan smua student akan sibuk bercakap tentang penempatan kolej kediaman akan datang. Aku tidak la pening sangat dengan penempatan ni sbb selalu ikut program kolej dan Alhamdullah dijanjikan dapat penempatan.  Cuma dalam persoalan siapakah roommate ku?

Alhamdulillah doaku dimakbulkan. Monday to Friday semua kelas 8.00am. kalau niat kita baik Tuhan akan selalu mudahkan jalan kita kan. Aku hambaNya yang jahil lagi hina ni hanya nak belajar perbaiki diri sedikit demi sedikitpun dipermudahkan apatah lagi orang yang mmg lahir suda baik akhlaknya.

Tapi satu perkara mengecewakan aku, sebab tidak dapat seorang pun rumet yang muslim. Dalam 1 bilik ni kami betulbetul 1 malaysia. Masingmasing berbeza kepercayaan. Islam, Buddha, Kristian, Hindu. Aku tidak pernah tinggal bersama dengan orang yang berbeza pegangan hidup. Harihari aku nagis cerita dan mengadu  dengan mak itu dan ini siap nak apply pindah bilik lebihlebih lagi orang Hindu ni kan selalu sembahyang dengan colok yang diorang bakar dan 1 bilik akan berbau colok tu. Aku kena hadap benda ni selama setahun. Ya Allah tention nyaa.

Hari demi hari aku lalui, dan sekarang aku dipertengahan semester 3 dah. Aku dah terbiasa dengan semuanya, semakin immune mungkin. Rungutan pun inshaAllah tidak ada lagi. Allah maha mengetahui. Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari kita, lalu DIA datangkan guruh dan kilat. Puas kita menangis menunggu dan mencari ke mana hilangnya matahari kita. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah.

Walaupun kami berbeza pegangan hidup, aku sangat termotivasi dengan kehadiran mereka dalam hidup ku. Meraka sangat berpegang teguh dengan ajaran yang mereka bawa. Walaupun beribadat kepada tuhan mereka bukan kewajipan seperti solat 5 waktu kita, diorang rajin dan tetap beribadat. Hujung minggu diorang menyewa van untuk pergi kuil dan gereja kerana tempat beribadat mereka tidak ada di dalam UMS. Aku yang diwajibkan beribadat 5 kali sehari ni macam mana? Pernah ka aku jejakkan kaki ke masjid? Surau yang sedepa jaraknya ni pun aku tdak kunjungi. Jahilnya aku

Ketiga-tiga mereka merupakan pemegang biasiswa, aku? Penghutang tegar PTPTN. Sebab diorang ulat buku, aku? Tak dapat aku lafazkan dengan katakata, sedih dengan diri sendiri. Takkan aku nak hidup begini terus kan. aku kena la buat sesuatu, Alhamdulillah sem ni semua assignment aku siapkan ontime, tidak ada lagi tertunda ^^ dan rajin dah bangun pagi. Rommate semua rajin hadap komputer buat assignment secara langsung aura kerajinan diorang melekat sedikit dengan aku. Kalau aku lewat bangun diorang pasti akan kejutkan aku. Terima Kasih ya Allah kerana memudahkan semuanya.


insahAllah aku akan perbaiki segala kekurangan, belajar dari kesilapan. Marilah kita belajar rawat hati kita yang sentisa bersangka buruk. Terima kasih ya Allah atas nikmat yang Engkau berikan. Ampuni aku hambaMu yang kerdil ini. Sentiasalah bersangka baik kepada Tuhan. Seperti mana apabila dihilangkan matahari dan didatangkan guruh serta kilat, bahkan diikuti pula dengan hujan ribut yang membadai ombak. Kelihatannya dasyat dan menakutkan. Kita tak tahu rupanya pelangi bakal menjelma.

Telah diriwayatkan kepada kita, Tuhan mengatakan “Aku adalah seperti sangkaan hambaku.” Jika kita menyangka yang buruk-buruk kepada Tuhan, maka buruklah jadinya. Sebaliknya jika kita berfikir positif dan sentiasa bersyukur, pastinya Allah itu hampir, lebih hampir daripada apa yang kita sangkakan. Sekali lagi telah berkata Tuhan,


“Sesungguhnya telah Kami jadikan manusia dan Kami ketahui apa-apa yang diwas-waskan (dibisikkan) oleh hatinya dan Kami lebih hampir kepadanya dari urat lehernya sendiri.” [Qaf : 16]
Everythings is going to be alright, maybe not today, but eventually.


good nite, sleep well

President Mursi


Harga yang perlu dibayar dengan penggulingan presiden Mursi : puas hati sekarang??

Seorang lelaki yang berketurunan petani dari delta sungai Nil, membesar dalam persekitaran agama, dan ilmu akademik duniawi, membawa lelaki ini ke tahap pencapaian akademik dan kebendaan yang cukup tinggi. Berdekad menjadi pensyarah kejuruteraan kimia di Universiti dalam dan luar negara, Menjadi staff muslim di NASA, malah menerima gelaran Profesor, itu semua tidak membawa lelaki ini jauh dari ALLAH. beliau, Mohamed Mursi merupakan seorang haffiz al Quran, malah isteri dan 5 orang anaknya juga turut dididik menjadi hafiz al Quran.

Jun 2012, Mursi dilantik menjadi presiden Mesir. Beliau yang memilih Ikhwanul Muslimin sebagai landasan juang hidupnya, tidak pernah mencalonkan dirinya, sebaliknya dipilih oleh syura. Presiden Mursi yang meringkuk didalam Penjara sewaktu era Hosni, kini diangkat menjadi presiden sebuah negara Mesir yang disebut berkali-kali didalam Al Quran. 

Presiden Mesir menyahut perlantikan ini dengan ucapan syukur dan mengimami solat hajat dan sunat syukur. Lantas berpidato umpama Khalifah Abu Bakar dan Umar. Tidak menunggu lama, beliau telah berusaha sehabis daya untuk memulihkan hubungan umara’ dan para ulama mesir yang telah lama terpisah sejak era 32 tahun Hosni. Lelaki berani ini, menolak surat ucapan tahniah dari Israel atas kemenangannya. Beliau membuktikan, beliau bukan mudah diperalat dan diboneka kan seperti patung-patung negara arab yang lain. Morsi telah membuka semula pintu sepadan Rafah antara Mesir dan Gaza, bagi memudahkan urusan penghantaran bantuan. Ini merupakan jasa terbesar beliau dan kemerdekaan terbesar rakyat Gaza dan kesenangan hakiki kepada para sukarelawan Gaza. 

Morsi tidak cukup dengan itu, mengaum deras di persidangan NAM di Tehran dengan memulakan aluan ucapannya dengan memuji-muji saidina Abu Bakar dan Umar, sedangkan beliau sedang berada di negara Syiah yang sering mencerca para sahabat nabi ini. Didalam ucapannya itu, Presiden Morsi telah mengutuk sekeras kerasnya tindakan rejim Basyar keatas rakyat Syria hingga memaksa delegasi syria yang turut berada di dewan itu melangkah keluar dewan dengan rasa tidak puas hati.
Didalam negara pula, presiden Mursi berkeras untuk tetap tinggal di rumah lamannya berbanding tinggal di istana mewah presiden. Beliau memutuskan agar pegawai-pegawai tentera yang berpanas untuk mengawalnya, agar tidak perlu berkawal dan boleh mencari tempat berteduh. Ucapannya yang paling popular, “tidak mengapa, ALLAH ada untuk menjaga saya..” setelah sekian lama Mesir berada dalam cengkaman kerajaan yang pro israel, alhamdulillah kini mesir merdeka dan bakal mendirikan kerajaan khilafah yang pemimpinnya seorang protaz (profesional dan ustaz).

Namun! 3 julai 2013 merubah segala-galanya. Golongan kecil manusia bodoh di Mesir berusaha keras untuk menjatuhkannya. Tidak cukup dengan itu, pegawai tertinggi tentera juga berpaling tadah. Ini membuatkan kumpulan kecil ini menjadi garang dan besar hingga menyaksikan penggulingan kerajaan Mursi dilakukan dengan cara yang sangat biadap!

Dunia islam yang terkenal dengan bacul dan pengecut tahap langit ke tujuh, seperti biasa, mendiamkan diri. Rumah presiden ini dikepung puak khianat ini. Ancaman bertalu talu menghala kearahnya. Dan, profesor dr.Mohamed Mursi Al Hafiz ini akhirnya karier politiknya ditamatkan dengan cara yang cukup kurang ajar. Bagi Morsi, beliau tidak rugi apa-apa. 30 juzuk masih kekal didalam dadanya, profesor dan pakar kejutueraan kimia masih segar di kepalanya. siapa yang rugi dalam hal ini??

Kita!! Termasuk Malaysia. Isu mursi adalah isu dunia islam sejagat. Bukan sekadar isu dalaman mesir semata-mata. Saya sangat sedih bila melihat negara-negara islam dunia menjadi tuli dan bisu dengan pengkhianatan ini, sebaliknya hanya Turki yang menyuarakan sokongan penuh kepada Presiden Mursi. Adakah hanya turki sahaja negara islam didalam dunia ini??
Selepas ini, penempatan tenteran israel di tanah arab akan mara semula, pintu sempadan rafah yang merupakan talian hayat penduduk Gaza bakal ditutup kembali, ulama mesir akan dipinggir dan disingkir semula,rakyat Mesir akan kembali berada dalam wilayah pemerintahan diktator kekeluargaan yang tidak berperi kemanusiaan dan menjadi balaci barua yahudi. 

Usah salahkan yahudi dalam hal ini, kerana sebilangan kecil manusia muslim di mesir yang bodoh dan bertindak diluar timbang rasa Iman. Mengapa 32 tahun kezaliman Hosni anda diamkan, 1 tahun perubahan Morsi anda bertindak keterlaluan? Padamlah cahaya dari bumi mesir ini, hilang satu-satunya suara lantang dari negara islam dunia. 

Sejarah hanya berulang semula, Umar Abd Aziz hanya sempat memerintah dua tahun, lalu dibunuh oleh kerabat sendiri kerana khianat. Sedangkan baginda memerintah dengan cukup adil. Begitu juga Saidina Uthman, beliau dibunuh ketika usianya 86 tahun, rumahnya dikepung selama 40 hari oleh golongan pemuda islam yang bodoh, lalu beliau dikerat tangannya , dan dipancung tanpa belas kasihan oleh pedang milik islam sendiri. sejarah sekadar berulang. Disebalik kebodohan minoriti muslim ini, kita pemerhati luar tidak sudah-sudah menghentam Yahudi yang berada disebalik konspirasi ini. CUKUP!! Berhenti menunding jari kepada Yahudi, pandanglah kepada diri sendiri! ahh.. mudah benar kita ini, berlaku apa-apa kekalutan dan kecelakaan, kita berasalan, ‘ahh.. ini agenda Yahudi.’ Sedangkan yang berteriak membakar gambar Morsi, memancung saidina Uthman, dan membunuh Khalifah Umar Abd Aziz adalah mereka yang sama mengucap dua kalimah syahadah! Kalau benar pun Yahudi terlibat, apakah bodoh benar kita ini untuk mengikut mereka?? Ya.. peristiwa pembunuhan saidina Uthman menyaksikan puak Yahudi yang mengapi-apikan kemarahan. Tetapi siapa yang mara membawa pedang meragas istana dan memancung saidina Uthman?? Bukankah islam itu sendiri? Yahudi hanya bertepuk tangan. Silap-silap, Yahudi berkata didalam hati, “alamak, gua acah je.. sampai mati pemimpin mereka dibuatnya..” 

Buat kita pemerhati luar, bukalah tempurung besimu, lihatlah sekitar mu kini, maka nanti aku akan bertanya, puas hati sekarang? Disaat nanti pintu sepadan rafah kembali dikunci, negara mesir kembali ditindas, aku ingin bertanya, ‘puas hati sekarang?” dan ketika islam dimain-mainkan, dihina, negara islam dizalimi, dan ketika itu OIC berlari bersembunyi dalam dasar laut, ketika itu semua mencari mana pemimpin negara islam yang berani bangun melawan? Pandang kiri, saudi menyorok dibawah meja, pandang kanan, Malaysia berlari bersembunyi dalam bilik paip bomba, dan ketika itu, aku ingin bertanya, “Puas hati sekarang?”

Musuh islam sedang berpesta, dan si bodoh-bodoh di mesir itu pun sedang bergembira, entah apa yang mereka suka. Ingat, jika Morsi hidup, ia tetap pakar kejuruteraan kimia, 30 juzuk tetap tak lekang dalam kepalanya, dan jika beliau mati pun, syurga sedang menantinya. Sekarang kita dan musuh islam sama-sama bersuka. Tunggulah.. tak lama.. nanti dunia islam akan kembali menderita. Ketika itu, aku ingin bertanya, mungkin ini yang kalian mahukan, PUAS HATI SEKARANG??!

__

what up bro hahaa :-

setelah sekian lama baru la terjenguk jugak blog ku. hbis 1 semester bru tergerak maw update. maklum la aku d takdirkan bukan penulis yg baik. x tau la dari sudut mana aku ni baik hahaha *sad life

Alhamdulillah mcm baru ja rasanya belajar d UMS selesai suda 1 semester. sem 1 suda mcm-mcm cubaan. Assignment yg non-stop, tutorial padat, lain presentation lgi. penat capek tired. hidup d universiti ni lain. lain sangat. x da org yg paksa kau p kelas. x da yg paksa belajar. pakai la apa kau maw pakai. jadual kuliah atur sendiri. yang paling penting x da cigu yg mara-mara kerja x siap ni yg best!

basic information about UMS luasnya 999 hektar, see luaskan. luas sangat, aku sda pernah sesat. pernah salah naik bas sampai kenak marah oleh pakcik bas dan akhirnya d hantar balek UMS dgn tidak ikhlas. aku pernah lambat masuk kelas tutorial dan akhirnya kenak denda berdiri depan kelas sampai habis masa *nasib jumpa cg tutorial garang alahaiiiiii. jalan kaki sampai 4 kilometer muka kaki tangan semua sunburn fuhhhhhh.

hidup ku d UMS mcm forever alone (gelaran dari kawan skolah menengah) knp?? sbb aku x ada kawan baru, sbnarnya aku yg malas maw bergaul, takut dapat kawan yg BUKAN KAWAN sebenarnya. rasanya cukup la aku ada kawan yang aku sda kenal lama. aku sda tau hati budi dorang the most important things is dorang dapat terima buruk baik ku. maklum la senior 1 bilik ku selalu share pengalamannya. apa yg dapat aku simpulkan "hati-hati" pilih kawan.

p/s : projek kokum sem 1 yg suda selesai