Tulisan Dari Hati

Untuk kesekian kalinya ruang ini aku isi lagi setelah sekian lama bergelumang dengan assignment dan projek-projek kolej kediaman.


Untuk Aliah, kak ain, wani, kak sila, kak ina yang terlalu banyak aku sakiti, harap kamu akan terbaca tulisan ini.

Selama kita berjuang melaksanakan amanah yang diberi, terlalu banyak emosi yang kita curahkan, sehingga ada hati yang terluka. Aku tidak tahu bila masanya aku akan pergi menghadap ilahi. Tapi sebelum itu, aku mohon maaf atas semua kesilapan yang aku pernah buat sebelum masa ku tiba. maaf atas segala keterlanjuran ku.

InshaAllah tiada luka, dendam, parut, dan air mata dalam hati ini untuk kalian melainkan rasa cinta dan sayang buat kakak dan adik perempuan ku yang telah Allah titipkan.

Sekali lagi maaf atas semua keterlanjuran ku. Segala tunjuk ajar dan teguran kalian aku semat dihati, InshaAllah aku akan belajar daripada kesilapan ku.

Tidak lama lagi amanah yang kita galas akan dapat kita selesaikan dengan jayanya. Semoga ukhwah ini erat selamanya. Pasti, kita pasti akan merindui tangisan, ketawa dan keluhan yang kita kongsi bersama di bilik SEMPIT JAKMAS kita.

Buat Malek, Farhan dan Haidzir terima kasih atas tunjuk ajar kalian.


keluarga JAKMAS ku :')